Setelah lama tidak berbelog, akhirnya saya update juga blog rama-rama merah jambu dalam pertengahan bulan April nie.. Sejak akhir2 nie kekurangan idea untuk mengisi blog nie, apa taknya fikiran asyik terganggu dan perasaan diambang kerinduaan. RINDU~ huh...hanya Allah saja yang tahu betapa aku merinduinya, aku menghitung hari menanti dan terus menanti akan kepulangan orang yang aku rindui..Semoga suami selamat disana dan selamat kembali untuk berkumpul lagi..
Sama tapi tak serupa, Wajah kekasih halal ku yang aku rindu..cepat la balik~aku merinduimu~...
Si rama-rama merah jambu terbang mencari kebahagian...Kini Kebahagian Milik Kita Bersama..
Hasmi ♥ Martin
Thursday, April 19, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Cinta Kita
"Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini juga ku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Reff:
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang tlah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya"..Martin Love Hasmi 4ever..
Saturday, March 17, 2012
Hanya 100 Hari
Terima kasih Ya Allah kerana telah membahagiakan aku walau 100 hari benih cinta aku dan suami bercambah di rahim ku..Terima kasih kerana telah memilih rahim ku, aku terima segala takdir Mu..Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku dan suami..
Mengalami keguguran bukanlah satu pekara yang biasa, emosi seorang ibu sangat terganggu..seperti aku..kerana terlalu mengharapkan zuriat hasil perkongsian hidup aku dan suami.. Waktu pertama kali dapat tahu aku mengandung, hasil ujian urien yang aku buat sendiri mengunakan alat yang ku beli dari farmasi.. Jam 3 subuh aku bangun untuk melihat hasil ujian urien ku, Allamdulillah terdapat 2 garis merah yang menandakan (+) Positive Hamil..Aku kejutkan suami ku yang sedang lena dibuai mimpi, suami adalah orang pertama aku beritahu ("Bie bangun, positive bie, syg mengandung").. Dia memang terlalu gembira dan menunggu kehadiran benih cinta kami ini..Dia jaga aku bagai menatang minyak yang penuh..Semua kemahuan aku dia ikutkan..Bahagia sangat Ya Allah..
Tapi pada 14.03.2012 (rabu) adalah hari yang tidak dapat aku lupakan, selesai solat asar aku ke tandas untuk membuang air kecil, dan aku tekejut sebaik saja melihat darah keluar, tapi dalam kuantiti yang sedikit sangat. Aku minta izin dengan bos tempat aku bekerja untuk ke klinik swasta, dan aku ditemani kawan pejabat Hasbullah dan Faniellah (terima kasih sbb temankan aku ke klinik)..Sampai di klinik swasta aku mencerita semua kepada DR apa yang berlaku, sewaktu DR melakukan scan keatas perut aku, DR kata ada janin pada rahim tapi DR tidak dapat mengesan denyutan nadi janin dan DR menyarankan aku ke Hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan lanjut..
Jam 4.45pm aku bergegas ke Hospital kerajaan yang ditemani bapa..sesampai di Hospital, sekali lagi DR melakukan scan keatas perut aku, DR kata kandungan aku baru berusia 4-5 minggu, sedangkan pada waktu itu kandungan aku sudah berusia 12minggu 10 hari (genap 100 hari).. DR cakap ada dua kemungkinan sama ada salah kira date or baby aku akan keguguran, sebab baby sangat kecil time tuh..dan DR tu cakap dia akan beri peluang 2 minggu untuk tengok tumbesaran janin, katanya setiap yang hidup pasti akan membesar..Kalau semakin membesar maknanya baby aku sihat dan hidup..kalau semakin mengecut maknanya baby aku dah gugur..(nda faham aku ngan DR nie, aku dah lah tengah sedih..huhuhu..)DR membenarkan aku balik dan membuat temujanji selepas 2 minggu..
Sampai di rumah, darah keluar terlalu banyak, seperti datang haid.. Pada masa tuh air mata aku mencurah2 kuar..Hiba, sayu dan takut sangat time tuh..sbb aku dah jangka apa yang berlaku..mulut jer kata redha, tapi hati hanya Allah jer yang tahu..Sedih..sedih..sedih..dah la time tuh suami tak ada disisi..huhuhu..Pada malam tuh aku mula rasa sakit perut seperti sengugut, tak tahan dengan sakit tuh aku bergegas ke Hospital, sekitar jam 12.15am aku diperiksa lagi oleh seorang DR..bila DR membuat pemeriksaan pintu rahim dah terbuka dan janin dah jatuh, DR kata "Puan dah keguguran"..uuuuwwwwweeekkkkk...masa nie mcm tak ada semangat nak hidup jer..Darah keluar dengan banyaknya, air mata pun keluar mencurah2..Aku tak jalani D&C sebab baby jatuh sendiri dan bila DR scan perut, rahim dah kecut dan bersih..DR hanya beri cuti sakit selama 7 hari.
Aku menghubungi suami, nasiblah time nie pon suami ada line..dan aku menceritakan semuanya, dari suara suami yang aku dengar melalui corong telefon, suara suami sangat sayu..walaupun dia tak menangis, tapi aku tahu dia pun sangat sedih.. suami memberikan aku kata2 semangat, walaupun masa nie aku nak sangat suami ada disisi..tapi dengan kata2 semangat yang dia berikan sedikit sebanyak dapat mengubat rasa sedih dihati dan memberi sedikit keyakinan buat aku..Terima kasih bie, walaupun bie tak dah disisi tapi semangat bie memberikan syg kekuatan dalam menempuh dugaan dari Allah..
Aku juga menjalani waktu berpantang seperti ibu-ibu bersalin yang lain..mak cakap orang keguguran lebih teliti penjagaannya..mak mentua pun pesan macam2 bab penjagaan nie, mak mentua pesan suru mandi daun pandan dan jangan keja berat2..mak mentua lah orang yang sangat sedih bila tahu berita aku keguguran, kecian kat mak mertua..mak doakan jer ada rezeki di lain hari, pasti 1 hari nti aku akan hadiahkan mak cucu..InsyaAllah..
Aku banyak membaca punca keguguran..dan hikmahnya. Selain itu aku banyak bertanya pada orang yang sudah telebih dahulu mengalami nasib seperti itu..banyak juga membantu..Tujuannya untuk merawat hati yang kecewa serta muasabah diri.. Alhamdulillah..Selepas 3 hari..dunia aku kembali pulih..aku mula menerima semua ketuntuan takdir dengan tenang dan redha..sesungguhnya aku seorang insan yang lemah..
Cuma satu jer aku berharap selepas ini..aku ingin kan baby kami secepat mungkin.. dan akan menjaganya sebaik mungkin..InsyaAllah..Semoga Allah pekenankan doa hambaNya ini..Amin..
Al-Fatihah juga buat anak mama n ayah..Terima kasih 100 hari membahagiakan mama n ayah..

Wednesday, March 7, 2012
Suluhan Kegelapan
"Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA..
SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..
BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terLuKa..
BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN..
HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN..
BERPEGANGLAH kepada ALLAH walau DIA tidak KELIHATAN.."
Monday, March 5, 2012
Ku Cinta Dia
Tuhan..perlihatkan padaku..
Wajah dia yang sangat ku cintai..
Tolong buat dia merasa..
Bahwa aku sedang memeluknya..
Ku takkan tenang..
Sebelum dia tahu..
Kucinta dia dengan perasaan..
Sepenuh hatiku..
Walaupun nanti tak bertemu lagi..
Ku hidup di hatinya..hatinya..
Entah mengapa cinta datang..
Saat sudah terjadi perpisahan..
Pejam Mata
Kebahagian bukan dicari, kerana bahagia tiada punya tempat atau alamat..
..tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya..Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup beribadah padaNYA.
Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini.
Ujian bukan sebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa, kerana dengan masalah kita matang menyelesaikannya, dengan ujian kita tabah hadapinya. Hidup ini tak lama jangan bazirkan dengan air mata. Seminit kita bersedih kita dah bazirkan 60 saat untuk rasa bahagia! (^_^)

❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ …
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ …
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞
..Aku sayang kamu kerana Allah..:*
..Aku sayang kamu kerana Allah..:*
Thursday, February 23, 2012
Tentang Rasa
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Dapatkah selamanya kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya...
Thursday, February 16, 2012
Dia Maha Mengetahui
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merangcang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.
Naik Gaji..
Alhamdulillah..yahoooo, naik gaji lagi..suke, suke..lalalala...gaji naik, elaun pun mesti naik kan..Terima Kasih~..
Monday, February 13, 2012
Fadilat Ayat Kursi
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
TERJEMAHAN:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus menguruskan (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada dilangit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
[161]. Kursi dalam ayat ini oleh sebahagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.
HIKMAH:
1) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya sehingga subuh.
2) Brang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembayang Fardhu, Dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembayang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia keatas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan ornag yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah SWT melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan Kepadanya.
SubahanaAllah betapa besarnya hikmah yang Allah SWT berikan kepada hambanya. Ayat Kursi yang ringkas dan mudah dihafal..tetapi hikmahnya begitu besar untuk seorang manusia yang hanya menumpang di bumi-Nya..Sesungguhnya Allah SWT Maha penyayang terhadap makluk ciptaanNya..
Friday, February 10, 2012
Bicara Hati
Sayangku..
Bukan aku pinta untuk jatuh cinta.
Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.
Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.
Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini!
Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu!
Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah Allah.
Aku berjaya menempatkan perasaan jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.
Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?
Jadi...janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.. pulanglah! kerana hanya kau yang ku rindu..
~Takkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu~..
Miss U Mr.Martin Tamrin
Friday, February 3, 2012
Hanya untuk DIA
Dalam Kerendahan diri, ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dalam kesempitan hidup, ada keluasan ilmu,
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah S.W.T..
Thursday, February 2, 2012
Cukup bagiku....
Bila sedih kita akan ingat kepada Allah..Allah segalanya, sentiasa mendamping kita ketika kita tiada tempat berpaut..Ya Allah terima kasih atas kesih sayangMU kepadaku..Mohon berkati hidup aku dan keluarga ku..amin..
Thursday, January 26, 2012
Lagu Ombak Rindu
Lagu dan melodi yang begitu menarik dan membuat hati menjadi sayu..Tapi bila lirik di tukar dari mencintai dia kepada mencintai DIA, lagu bertambah lebih bermakna..
Allahumma inni as aluka hubbak, wahubba mayyuhibbuk, wal 'amalallazi yuballighuni hubbak..
Ya ALLAH kurniaknlh rasa cintaku pdMu..dan cinta pd insan yg mencintaiMU..dan beramal dgn amalan yg membawa pd cintaMU..aminn ya rabb...
Ya ALLAH kurniaknlh rasa cintaku pdMu..dan cinta pd insan yg mencintaiMU..dan beramal dgn amalan yg membawa pd cintaMU..aminn ya rabb...
VS
Tuesday, January 17, 2012
Dunia Seindah Wanita Solehah
"Nak Jadi Solehah Pun Kena Jaga Kecantikan Juga"...nie antara topik yang aku suka dalam blogger..
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
kita sering melihat ramai akhwat ( akhwat = merujuk kepada wanita muslimah yang mungkin secara penampilannya lebih jelas mengikuti aturan syariat. Contohnya betudung labuh),kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan diri. Tampil cantik dan rapi dianggap sebagai sesuatu perkara yang dianggap terlarang. Lantaran kekeliruan yang dialami, mereka tampil dengan tidak sewajarnya dan menyebabkan orang sekeliling memandang sinis kepada mereka. Mereka tidak langsung untuk cuba menghias diri mereka walaupun secara minimum. Yang saya maksudkan secara minimum itu adalah berhias secara tidak berlebihan. Cukuplah seseorang muslimah itu tampil dengan wajah yang segar, normal, tidak berminyak, tidak layu sayu atau kelihatan murung seperti dilanda kesedihan yang mendalam.Seseorang muslimah sepatutnya menampilkan wajah yang ceria dan selalu berseri – seri. Wajah yang tenang dan tidak kelihatan seperti berada didalam kesusahan dan kesempitan. Kategori minimum juga termasuk tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau tidak enak, sehingga menggangu orang sekeliling. Tudung juga tidak sepatutnya dibiarkan berkedut seribu, lusuh dan tidak rapi dan dipakai secara berulang – ulang tanpa dibasuh. Jadi macam mana orang lain boleh menerima kita jika penampilan kita comot dan berbau busuk kan? Sebenarnya kita hanya keliru. Berhias adalah dibenarkan, tetapi hendaklah tidak sampai kepada hiasan yang tabarruj. Berlebihan dalam berdandan, menampakkan bentuk sanggul, dan bermekap secara berlebihan. Ramai juga muslimah yang silap faham bahawa memakai minyak wangi adalah dilarang. Memakai wangi-wangian adalah dibolehkan untuk menutup bau badan, tetapi tidak boleh berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang di sekitar kita. ( Tapi lain pula untuk yang berada dirumah bersama suami, digalakkan untuk memakai wangian untuk menyenangkan suami)
Untuk yang sudah bersuami:
- Muslimah yang taat dan patuh kepada syariat, tidak seharusnya membiarkan dirinya tidak terjaga dan terurus. Suami berhak mendapatkan penampilan terbaik yang mampu mereka zahirkan berdasarkan apa yang mereka miliki. Paras ayu yang menggetarkan kalbu. Mata yang cantik yang tidak akan terusik. Indah dan selalu mempesona pandangan mata suami yang dicintai.
Ketaatan dalam bersyariat bukanlah alasan untuk kita mengabaikan penampilan diri. Islam muncul bukan sebagai pembelengu kecantikan, namun hanya mengawal dan mengatur saatnya bila kecantikkan itu harus ditampilkan dan bila kita harus menyembunyikan kecantikan yang dimiliki. .
Monday, January 16, 2012
Serahkan Cinta Kepada DIA
Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota..hadirnya tidak di undang, Kini tersematlah cinta di hati ini dan cinta ku hanya untuk seorang lelaki yang telah memperjuangkan cinta dan mengambil aku sebagai suri dalam hidupnya..walaupun aku telah berkahwin, tetapi perjalanan cinta ku akan ku perjuangkan sehingga nafas terhenti..
Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia..
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima..
Segala kesudahan rasa..
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta..
Tiada jiwa terluka..
Tiada hati tersiksa..
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa..
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya..
Jodohnya manusia ada ditangannya..
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti..
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi..
Cinta yang membuatkan mu tidak lena..
Menjadi harimu terganggu setiap masa..
Bukan itu cinta yang diharapkan..
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan..
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencintai keranaNya..
Redha dengan takdirNya..
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan..
Mensyukuri Pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman..
Asalkan si dia mencintai Tuhan..
Kita akan terus mencintainya tanpa alasan...
Love Martin 4ever..
Kisah Cinta Yang Abadi
Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
Wednesday, January 4, 2012
Senyum~
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata..
Ada kalanya kita perlu menangis, agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa,
Syukurlah jika ada yang menyakitimu, kerana ia mengajarmu erti ketabahan
Syukurlah jika ada yang tidak memperdulikanmu kerana ia mengajarmu erti berdikari
Syukurlah jika ada yang menjatuhkan mu kerana dia menghebatkan mu untuk terus bangun lagi
Syukurlah jika ada yang menyiksa mu kerana dia mengajar mu erti kesabaran dan ketabahan..
Tuesday, January 3, 2012
Happy New Year's 2012
Alhamdulillah..masih diberikan waktu untuk menghirup udara segar dimuka bumi Allah ini..Sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah sampai ke tahun baru 2012..agak lama blog ini ditinggalkan bersawang di sana sini..moga tahun ini memberikan kekuatan pada diri untuk terus menulis di blog ini..
"Apa azam tahun baru"?..eemmm..aku tidak mempunyai azam untuk tahun ini..cuma nekad untuk melupakan kenangan silam 2011 dan memulakan kehidupan 2012 dengan lebih bermakna..akan ku pasangkan lilin di tengah kegelapan untuk menerangi hari-hari ku bersama insan yang menyayangi ku..
Terima kasih buat Suami terCinta yang telah memberikan keyakinan buat diri ini untuk memulakan kehidupan baru yang cukup bermakna..Terima kasih juga kerana menerima aku sebagai isteri mu dan menerima segala kekurangan diri ini..
Buat semua yang mengenali aku samaada secara maya mahupun fizikal aku nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2012"..Semoga tahun baru yang menjelang ini memberi lebih makna dan sinar dalam kehidupan kita..kita buka buku baru..perbaharui segalanya..perbaiki amalan perbanyakkan ibadat..moga Allah merestui dan merahmati seluruh umat islam di muka bumi ini..dan semoga tahun baru ini akan lebih membawa kebahagian dunia dan akhirat..insyaAllah amin...
Selamat tinggal 2011, Selamat datang 2012....:D

Subscribe to:
Posts (Atom)