Hasmi ♥ Martin

HasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartin

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year's 2012

Alhamdulillah..masih diberikan waktu untuk menghirup udara segar dimuka bumi Allah ini..Sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah sampai ke tahun baru 2012..agak lama blog ini ditinggalkan bersawang di sana sini..moga tahun ini memberikan kekuatan pada diri untuk terus menulis di blog ini..

"Apa azam tahun baru"?..eemmm..aku tidak mempunyai azam untuk tahun ini..cuma nekad untuk melupakan kenangan silam 2011 dan memulakan kehidupan 2012 dengan lebih bermakna..akan ku pasangkan lilin di tengah kegelapan untuk menerangi hari-hari ku bersama insan yang menyayangi ku..

Terima kasih buat Suami terCinta yang telah memberikan keyakinan buat diri ini untuk memulakan kehidupan baru yang cukup bermakna..Terima kasih juga kerana menerima aku sebagai isteri mu dan menerima segala kekurangan diri ini..

Buat semua yang mengenali aku samaada secara maya mahupun fizikal aku nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2012"..Semoga tahun baru yang menjelang ini memberi lebih makna dan sinar dalam kehidupan kita..kita buka buku baru..perbaharui segalanya..perbaiki amalan perbanyakkan ibadat..moga Allah merestui dan merahmati seluruh umat islam di muka bumi ini..dan semoga tahun baru ini akan lebih membawa kebahagian dunia dan akhirat..insyaAllah amin...


Selamat tinggal 2011, Selamat datang 2012....:D

No comments:

Post a Comment