Hasmi ♥ Martin

HasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartin

Saturday, March 17, 2012

Hanya 100 Hari

Terima kasih Ya Allah kerana telah membahagiakan aku walau 100 hari benih cinta aku dan suami bercambah di rahim ku..Terima kasih kerana telah memilih rahim ku, aku terima segala takdir Mu..Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku dan suami..

Mengalami keguguran bukanlah satu pekara yang biasa, emosi seorang ibu sangat terganggu..seperti aku..kerana terlalu mengharapkan zuriat hasil perkongsian hidup aku dan suami.. Waktu pertama kali dapat tahu aku mengandung, hasil ujian urien yang aku buat sendiri mengunakan alat yang ku beli dari farmasi.. Jam 3 subuh aku bangun untuk melihat hasil ujian urien ku, Allamdulillah terdapat 2 garis merah yang menandakan (+) Positive Hamil..Aku kejutkan suami ku yang sedang lena dibuai mimpi, suami adalah orang pertama aku beritahu ("Bie bangun, positive bie, syg mengandung").. Dia memang terlalu gembira dan menunggu kehadiran benih cinta kami ini..Dia jaga aku bagai menatang minyak yang penuh..Semua kemahuan aku dia ikutkan..Bahagia sangat Ya Allah..

Tapi pada 14.03.2012 (rabu) adalah hari yang tidak dapat aku lupakan, selesai solat asar aku ke tandas untuk membuang air kecil, dan aku tekejut sebaik saja melihat darah keluar, tapi dalam kuantiti yang sedikit sangat. Aku minta izin dengan bos tempat aku bekerja untuk ke klinik swasta, dan aku ditemani kawan pejabat Hasbullah dan Faniellah (terima kasih sbb temankan aku ke klinik)..Sampai di klinik swasta aku mencerita semua kepada DR apa yang berlaku, sewaktu DR melakukan scan keatas perut aku, DR kata ada janin pada rahim tapi DR tidak dapat mengesan denyutan nadi janin dan DR menyarankan aku ke Hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan lanjut..

Jam 4.45pm aku bergegas ke Hospital kerajaan yang ditemani bapa..sesampai di Hospital, sekali lagi DR melakukan scan keatas perut aku, DR kata kandungan aku baru berusia 4-5 minggu, sedangkan pada waktu itu kandungan aku sudah berusia 12minggu 10 hari (genap 100 hari).. DR cakap ada dua kemungkinan sama ada salah kira date or baby aku akan keguguran, sebab baby sangat kecil time tuh..dan DR tu cakap dia akan beri peluang 2 minggu untuk tengok tumbesaran janin, katanya setiap yang hidup pasti akan membesar..Kalau semakin membesar maknanya baby aku sihat dan hidup..kalau semakin mengecut maknanya baby aku dah gugur..(nda faham aku ngan DR nie, aku dah lah tengah sedih..huhuhu..)DR membenarkan aku balik dan membuat temujanji selepas 2 minggu..

Sampai di rumah, darah keluar terlalu banyak, seperti datang haid.. Pada masa tuh air mata aku mencurah2 kuar..Hiba, sayu dan takut sangat time tuh..sbb aku dah jangka apa yang berlaku..mulut jer kata redha, tapi hati hanya Allah jer yang tahu..Sedih..sedih..sedih..dah la time tuh suami tak ada disisi..huhuhu..Pada malam tuh aku mula rasa sakit perut seperti sengugut, tak tahan dengan sakit tuh aku bergegas ke Hospital, sekitar jam 12.15am aku diperiksa lagi oleh seorang DR..bila DR membuat pemeriksaan pintu rahim dah terbuka dan janin dah jatuh, DR kata "Puan dah keguguran"..uuuuwwwwweeekkkkk...masa nie mcm tak ada semangat nak hidup jer..Darah keluar dengan banyaknya, air mata pun keluar mencurah2..Aku tak jalani D&C sebab baby jatuh sendiri dan bila DR scan perut, rahim dah kecut dan bersih..DR hanya beri cuti sakit selama 7 hari.

Aku menghubungi suami, nasiblah time nie pon suami ada line..dan aku menceritakan semuanya, dari suara suami yang aku dengar melalui corong telefon, suara suami sangat sayu..walaupun dia tak menangis, tapi aku tahu dia pun sangat sedih.. suami memberikan aku kata2 semangat, walaupun masa nie aku nak sangat suami ada disisi..tapi dengan kata2 semangat yang dia berikan sedikit sebanyak dapat mengubat rasa sedih dihati dan memberi sedikit keyakinan buat aku..Terima kasih bie, walaupun bie tak dah disisi tapi semangat bie memberikan syg kekuatan dalam menempuh dugaan dari Allah..

Aku juga menjalani waktu berpantang seperti ibu-ibu bersalin yang lain..mak cakap orang keguguran lebih teliti penjagaannya..mak mentua pun pesan macam2 bab penjagaan nie, mak mentua pesan suru mandi daun pandan dan jangan keja berat2..mak mentua lah orang yang sangat sedih bila tahu berita aku keguguran, kecian kat mak mertua..mak doakan jer ada rezeki di lain hari, pasti 1 hari nti aku akan hadiahkan mak cucu..InsyaAllah..

Aku banyak membaca punca keguguran..dan hikmahnya. Selain itu aku banyak bertanya pada orang yang sudah telebih dahulu mengalami nasib seperti itu..banyak juga membantu..Tujuannya untuk merawat hati yang kecewa serta muasabah diri.. Alhamdulillah..Selepas 3 hari..dunia aku kembali pulih..aku mula menerima semua ketuntuan takdir dengan tenang dan redha..sesungguhnya aku seorang insan yang lemah..

Cuma satu jer aku berharap selepas ini..aku ingin kan baby kami secepat mungkin.. dan akan menjaganya sebaik mungkin..InsyaAllah..Semoga Allah pekenankan doa hambaNya ini..Amin..

Al-Fatihah juga buat anak mama n ayah..Terima kasih 100 hari membahagiakan mama n ayah..

3 comments:

  1. Sabar darl insyAllah ada hikmah disetiap kejadian, hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.. Banyak2 berdoa. dan aku pun doakan yang terbaik tuk ko dan family... Amin

    ReplyDelete
  2. sedihnya aku baca,,,sabar mie...semua nie hikmah dari Allah mungkin kali nie bukan rezeki,,,insyallah lepas nie,,rezeki kmu..aku doakan semoga kmu cepat dapat bby lagi..insyallah Allah itu maha adil,,

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada sahabat berdua atas doa kalian..Semoga kita semua dirahmati Allah..:D

    ReplyDelete