Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota..hadirnya tidak di undang, Kini tersematlah cinta di hati ini dan cinta ku hanya untuk seorang lelaki yang telah memperjuangkan cinta dan mengambil aku sebagai suri dalam hidupnya..walaupun aku telah berkahwin, tetapi perjalanan cinta ku akan ku perjuangkan sehingga nafas terhenti..
Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia..
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima..
Segala kesudahan rasa..
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta..
Tiada jiwa terluka..
Tiada hati tersiksa..
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa..
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya..
Jodohnya manusia ada ditangannya..
Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti..
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi..
Cinta yang membuatkan mu tidak lena..
Menjadi harimu terganggu setiap masa..
Bukan itu cinta yang diharapkan..
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan..
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencintai keranaNya..
Redha dengan takdirNya..
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan..
Mensyukuri Pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman..
Asalkan si dia mencintai Tuhan..
Kita akan terus mencintainya tanpa alasan...
Love Martin 4ever..