Hasmi ♥ Martin

HasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartin

Friday, October 7, 2011

Kini ku rasa bahagia

Allhamdulillah..Alangkah bahagianya diri ini..tdk tergambar dgn kata-kata dan ucapan bagaimana bahagianya yang aku rasa..kini aku bersyukur pada MU Allah Empunya Dunia atas kurniaan nikmat Mu yang tidak tergambar keindahannya..kini aku cukup bahagia dengan kurniaan yang Engkau berikan kepada ku..sesungguhnya dicintai lebih indah dari mencintai..dan bila aku rasa dicintai kini aku belajar untuk mencintai..cintai seseorang yang mencintai kamu lebih indah berbanding mencintai seseorang yang minta untuk dicintai..

Alhamdulillah..Setelah Engkau turunkan panas & hujan, kini Engkau pancarkan pelangi yang cukup indah buat  kehidupan aku..Perjalanan hidup aku yang penuh dengan kejutan..kekadang apa yang kita rancang belum tentu tercapai dan apa yang kita tidak rancang itu yang akan berlaku..Syukur alhamdulillah setiap pekara yang Allah berikan kepada aku terlalu banyak hikmahnya..setelah apa yang berlaku terhadap kehidupan aku sepanjang tahun 2011 nie, akhirnya tarikh 10 September 2011  merupakan tarikh keramat yang tak kan aku lupakan sepanjang hayat aku..tarikh yang penuh dengan keindahan, tarikh dimana aku SAH menjadi seorang isteri..Segalanya tidak dirancang tetapi begitu indah ia berlaku..ingin saja air mata ini mengalir dihadapan suami tercinta tetapi terasa malu..Semoga mahligai yang dibina bersama suami akan mengecapi kebahagian sehingga akhir hayat..

♥♥♥Sedikit tazkirah buat aku & suami.. ♥♥♥

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami & isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Nota Buat Suami Ku..
Martin Tamrin 

Terima kasih ya Allah kerana memberikan hadiah yang cukup indah buat aku..Terima kasih bie kerana menerima diri ini sebagai peneman hidup mu, menjadi sayap kiri dalam perjuangan menempuh hidup yang mendatang..Terima juga kerana menerima diri ini yang terlalu banyak kekurangan..sesungguhnya diri mu tidak pernah mengeluh sepanjang mengenali ku..ku amat menghargai semua pengorbanan yang bie berikan..diri mu terlalu berharga buat diri ini..Hasmi.S 


Love U So Much Bie..♥

2 comments:

  1. salam..

    terharu membaca entri ni..semoga anda dan suami berbahagia selamanya..amin..

    disulami dengan lagu yg best.sangat menyentuh rasa di hati saya..

    ReplyDelete
  2. Wasalam..amin..Terima kasih cikgu..saya pun doakan cikgu bahagia dunia n akhirat..

    ReplyDelete