Hasmi ♥ Martin

HasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartinHasmiLoveMartin

Friday, October 14, 2011

Rindu En. martin

Malam nie terasa sunyi sepi..aku tak tahu nak buat apa..tetiba plak rindu ngan En. Martin..semoga dia sentiasa dilindungi Allah..Bie buat kerja baik2 yah..your safety, our 1st priority..jangan lupa pakai PPE semasa bekerja..syg tak dapat nak jaga bie di sana, hanya doa syg sentiasa mengiringi setiap langkah bie..

Tuesday, October 11, 2011

Untuk yang tersayang..

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMU
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya Suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku
Kau juga yang maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aky engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa rahmat Mu

Ya Allah..
Kuatkan hati ku dan semangat ku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada Mu..

Ya Allah..
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi canaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhan ku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin..Ya Rabbi Allamin..

Hasmi. S

Monday, October 10, 2011

Genap 1 Bulan Aku Bergelar Seorang Isteri

"Selamat pengantin baru"..apa yang baru!!! dah sebulan aku kahwin laa..dan hari nie genaplah sebulan aku bergelar isteri kepada En.Martin...masih segar di ingatan bila dua pasang telinga aku mendengar lafaz yang suami ku ucapkan dihadapan bapaku dan 2 orang saksi dari pihak aku..dengan sekali lafaz yang keluar dari mulut suami ku.."Aku terima nikahnya Hasmi.S dengan maskahwinnya sebanyak $$$.$$ Tunai"..


Pejam celik-pejam celik hari nie 10/10/2011 dah 1 bulan aku menjadi seorang isteri kepada En. Martin bin Tamrin. Seorang suami yang sangat sempurna di jadikan Allah untuk aku..dan sangat baik serta setia kepada aku.."LoVe U So Much Sygku".. Sesungguhnya aku bersyukur kepadamu Ya Allah..:)


Bagi yang telah bergelar isteri, saat-saat itulah yang paling bahagia bagi seorang perempuan..bahagia kerana ada seseorang yang akan bersama-sama mengharungi suka & duka..terasa bebanan sedikit berkurangan bila hidup berdua.. Aku memang bahagia sangat dengan suami ku sekarang nie..Doakan aku supaya sentiasa sihat  dan dapat menjaga maruah/harta suami dan rumahtangga yang baru kami bina nie..




gambar yang diambil semasa majlis pernikahan, di sebelah Kota Kinabalu..masa nie seram sejuk jer 1 badan..macam2 perasaan yang bermain difikiran..dan akhirnya aku pun sah menjadi isteri orang..Alhamdullilah~..







Inilah Lelaki yang menghiasi hari2 ku kini dan masa akan datang..Dialah teman, sahabat, kawan, kekasih & penghibur dikala suka &duka..En. Martin Tamrin.. 












Majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah aku pada 10/09/2011 dan sebelah pihak lelaki pada 17/09/2011..
































Semoga hubungan  Hasmi   Martin  dilimpahi dengan cahaya kasih sayang & cahaya kebahagian..Amin..




We are HaPpY FamilY
Bersama dengan family yang banyak membantu untuk menjayakan majlis perkahwinan aku..sygg U All..


Majlis perkahwinan aku di sebelah Sandakan, rumah pengantin lelaki..nie gambar keluarga aku dari Kota Kinabalu..Sampai juga diorang kat Sandakan, nie kes nak menghantar pengantin perempuan..hihihi..












New Family 
Keluarga baru aku, mak & bapa mentua serta ipar2 belah suami..Family paling besar kat Sandakan..ramai lagi yang tak masuk time pic nie diambil..klu semua dah masuk alamatnya tak muat la ruang..Semoga hubungan dengan family baru bertambah erat..Terima kasih kerana terima aku sebagai ahli keluarga..anggap lah aku sebagai cucuk, anak, makcik, kakak N adik kepada seluruh ahli keluarga..:D






Doakan kebahagian kami sehingga ke syurga. perjalanan hidup kami berdua masih jauh..dan aku sentiasa berdoa semoga rumahtangga yang kami bina berkekalan sehingga ke syurga..Amin..


" LOVE U MY HUSBUND".. Martin Bin Tamrin..Thank you so much coz memilih syg sebagai Isterimu..



Friday, October 7, 2011

Kini ku rasa bahagia

Allhamdulillah..Alangkah bahagianya diri ini..tdk tergambar dgn kata-kata dan ucapan bagaimana bahagianya yang aku rasa..kini aku bersyukur pada MU Allah Empunya Dunia atas kurniaan nikmat Mu yang tidak tergambar keindahannya..kini aku cukup bahagia dengan kurniaan yang Engkau berikan kepada ku..sesungguhnya dicintai lebih indah dari mencintai..dan bila aku rasa dicintai kini aku belajar untuk mencintai..cintai seseorang yang mencintai kamu lebih indah berbanding mencintai seseorang yang minta untuk dicintai..

Alhamdulillah..Setelah Engkau turunkan panas & hujan, kini Engkau pancarkan pelangi yang cukup indah buat  kehidupan aku..Perjalanan hidup aku yang penuh dengan kejutan..kekadang apa yang kita rancang belum tentu tercapai dan apa yang kita tidak rancang itu yang akan berlaku..Syukur alhamdulillah setiap pekara yang Allah berikan kepada aku terlalu banyak hikmahnya..setelah apa yang berlaku terhadap kehidupan aku sepanjang tahun 2011 nie, akhirnya tarikh 10 September 2011  merupakan tarikh keramat yang tak kan aku lupakan sepanjang hayat aku..tarikh yang penuh dengan keindahan, tarikh dimana aku SAH menjadi seorang isteri..Segalanya tidak dirancang tetapi begitu indah ia berlaku..ingin saja air mata ini mengalir dihadapan suami tercinta tetapi terasa malu..Semoga mahligai yang dibina bersama suami akan mengecapi kebahagian sehingga akhir hayat..

♥♥♥Sedikit tazkirah buat aku & suami.. ♥♥♥

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami & isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Nota Buat Suami Ku..
Martin Tamrin 

Terima kasih ya Allah kerana memberikan hadiah yang cukup indah buat aku..Terima kasih bie kerana menerima diri ini sebagai peneman hidup mu, menjadi sayap kiri dalam perjuangan menempuh hidup yang mendatang..Terima juga kerana menerima diri ini yang terlalu banyak kekurangan..sesungguhnya diri mu tidak pernah mengeluh sepanjang mengenali ku..ku amat menghargai semua pengorbanan yang bie berikan..diri mu terlalu berharga buat diri ini..Hasmi.S 


Love U So Much Bie..♥

Monday, October 3, 2011

Permulaan yang baru..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Frist entri kali ini, eemmm..tak tau nak mula mcm ne erk..Sekarang nie masih lagi mencari-cari sesuatu yang menarik untuk diletakkan dalam blog nie..kiranye still in construction..al-maklumlah bru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging nie.. seandainya ada kekurangan, tunjuk ajar dari anda semua sebagai otai blogger sangat dialu-alukan..



Hasmi.S